navigation: { postpage: 3, numpage: 3, prev: '‹', next: '›', totalpage: '/' }, relatedpost: { image:false, num:4, noimage: 'https://1.bp.blogspot.com/-fcqYJ8sOUtw/X0zEQsZWkVI/AAAAAAAAI24/hAq1jqHHAhYIZoRqkSsdlh3QBBfYcYAwgCLcBGAsYHQ/s150/fiksioner-no-image.png' }, relatedpostMiddlePost: { num: 4, text: 'Related:' } } //]]>

9 WANITA SURGA YANG PATUT DI CONTOH :


 9 WANITA SURGA YANG PATUT DI CONTOH :


1. Siti Khadijah :

Beliau merupakan isteri Rasulullah yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang - orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.


2. Siti Fatimah :

Putri Rasulullah  yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Saidina Ali walaupun miskin, tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Saidina Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan memaafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Saidina Ali memaafkan kamu.


3. Siti Aisyah :

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantis. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. di mana Nabi minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4. Siti Hajar :

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.


5. Siti Maryam :

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa.


6. Siti Asyiah :

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7. Siti Aminah :

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8. Siti Muti’ah :

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah surga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.


9. Siti Zubaidah :

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah Subhanahu Wa Ta'ala


Wallahu a'lam bissawaf

Related Posts